Follow Dashboard
Tokens?

TITLE; a closure, the end.
Saturday, 7 January 2017 | 23:14:00 | 0 comments

Dah beberapa hari aku private blog. Sebab aku nak berfikir.

Dan dah fikir masak masak sampai dah overcooked.

Tahu tak, aku sayang blog ni. Ada beratus ratus ratus entry dalam ni, ada yang aku sendiri dah lupa pun. Semua yang aku tulis dalam ni, semua tentang aku dan orang yang aku sayang. Aku yakin gila kat memori aku yang kononnya 1TB dalam otak, rupanya bila aku baca semua yang aku tulis, ada sesetengah yang aku lupa pernah berlaku.

Macam mana tak sayang?

Dan, blog nilah bukti, aku pernah sayang orang sungguh sungguh. Pernah putus cinta. Pernah kena madu. Dan pernah disayangi. Pernah bahagia. Semua ni perlu, terutama untuk sekarang.

Saat ni, saat saat aku dah tak percaya wujudnya orang yang sayang aku sepenuh hati.

Blog ni jugak simpan banyak cerita yang aku tak publish. Yang aku tulis tapi cuma untuk aku baca. Dulu takde pun, dulu semuanya aku publish. Sebab aku ada orang untuk dengar aku merepek meraban. Dan sejak orang tu hilang, Tuhan bagi aku orang lain, yang ajar aku untuk simpan sendiri semuanya, tak perlu bagitau.

Dulu aku rajin stalk. Walaupun selalu berborak dan bergayut dan dia hari hari share pun, aku still stalk dia. Sampai number matrik dia kat poli pun aku boleh jumpa haha. Tapi tu sebab aku tak matang. Sebab aku memang takde keje bila cuti sem.

Sekarang, aku selalu jugak stalk dia. Sebab aku taktau apa apa yang jadi pada dia. Sebab dia yang Tuhan hantar, tak pernah cerita apa apa pun pada aku. Aku cuma tau basic je macam dia sihat, hidup dan dah makan. Lain lain info, aku cari tau sendiri. Sampailah aku terjumpa satu gambar harini.

Aku tak cemburu. Okay maybe ada sikit. Tapi lebih kepada aku sedih. Sebab diam diam aku tau, aku tak penting.

Tuhan salah hantar orang ke? Saya doa orang lain, ada silap info ke dalam doa?

I'm not gonna delete this blog. Cuma takkan publish apa apa lagi. This will be the last entry. Entry lain pun dah private, takde apa dah kat sini. Takkan ada apa apa lagi.

Banyak nak cakap tapi maybe itu jelah. Maaflah kalau aku pernah publish apa apa yang menyakitkan hati. Ketahuilah aku yang beberapa tahun lepas memang tak matang. Atau mungkin aku takut sangat hilang orang tu, sebab tulah perangai tak semenggah.

Gonna be busy after this. Waktu waktu beginilah nak lembik tak sihat bagai tolonglah sihat sikit besok. Baca entry lama buat aku cemburu pada diri aku 5 tahun lepas. Gembira sungguh hidup macam takde pape masalah. Reality sucks. Maybe aku dah jadi perempuan yang aku selalu bayangkan 5 tahun dulu, dah besar, pandai drive, ada keyakinan diri. Tapi ada satu ciri yang hilang.

Dan satu benda itulah yang takkan pernah akan datang lagi.

Dan aku mintak maaf jugak kalau yang baca entry penghabisan ni ada yang terasa hati. Aku dah habis baik mengolah ayat. Dan, janganlah terasa hati. Hati saya pun sakit tak terpujuk.

Nevertheless, lesson's learned. I can get through this. Bertahun aku simpan kenangan, macam apa aku buat dengan syafiq dulu, aku ingat yang baik baik je. That's how keeps me happy. Jadi aku ingatkan yang baik baik saja dengan dia ni, walaupun sekejap je bahagia tu, tapi aku tau aku pernah happy dengan dia. My heart breaks, but I know I can endure this. I know I can do this again. It's time to letting go, hati orang takboleh paksa.

This will be the end. Tamatlah segala kisah walaupun ending dia tak gembira. Dan kalau aku yang beberapa tahun akan datang bukak balik blog ni, aku harap aku akan baca semua ni sambil ketawa. And proud to myself. And harapnya masa tu dah kahwin so boleh la make fun dengan laki pasal wujudnya blog ni sambil kasi ayat "kenapa you lembab sangat datang tengok ni kesian entry I sedih gila".

\\

Smh smh smh.

Bye.